Belum terlambat lagi kalau aku nak wish congrates pada semua adik2 yang ambik SPM tahun lepas...Aku memang suka report lambat2 sampai da naik basi berita tu baru aku muntahkan semua yang ada dalam benak kepalaku ini keluar....huhu~~ very bad attitude.
Kepada adik2 yang berjaya dapat straight A's, tahniah diucapkan dan kepada yang x bernasib baik, kejayaan sebenar bukan disini kerana SPM ni cuma baru satu permulaan kepada satu perjalanan yang masih panjang dan berliku~ Cewah da mula nak berfalsafah ayat aku kali ni...
Aku katakan begitu kerana ada sebahagian adik2 kita yang result x ok untuk masuk ke dalam bidang yang mereka minat dan akhirnya memilih bidang yang tidak mereka minati dan tidak plak cuba utk meletakkan jiwa mereka dalam bidang yang jauh dari minat asal mereka. Contohnye la, medic, engineering, lawyer, dentist dan mcm2 lagi kerana sistem pendidikan kita telah pun di-set utk memilih pelajar utk ke dlam bidang tersebut berdasrkan kelayakan akademik mereka semata2... Nak lagi clear, bukan setakat tapisan ke U yang macam tu bahkan perlajar juga diasingkan mengikut 'kasta' performance akademik mereka utk masuk ke Tingkatan 4 dari result PMR....Sungguh malang!
Dan x kurang juga para guru (maaf cakap...) yang terlalu menganaktirikan mereka yang berada di kelas2 belakang umpama mereka x berharga dan hanya menatang bagai minyak yag penuh dengan pelajar2 yang cemerlang di kelas pertama...Tidakkah para guru kasihan melihat nasib mereka yang dianaktirikan? Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku dimana aku amat suka berkawan dengan rakan2 tanpa mengira pandai atau tidak...dan mereka sendiri pernah melahirkan rasa tidak puas hati mereka terutama kepada aku kerana cikgu semua melebih2kan student pandai aje. Ini menunjukkan mereka bukan tidak minat belajar tapi sistem 'pecah dan perintah' ini telah membuatkan mereka putus asa dan hilang minat belajar oleh kerana taraf mereka semakin direndah2kan dan para guru sendiri jarang yang memberi semangat atau mengejar mereka yang bermasalah ni...Mereka seharusnya didekati dan dibimbing agar mereka menjadi manusia yang sebenar.
Semasa zaman persekolahan dulu, ada juga guru yang terlampau benci dan tidak suka kepada pelajar sebegini....dan aku sekali lagi turut mempersoalkan, mengapa mereka diberi kelulusan untuk mengajar sedangkan mereka ada perasaan anti kepada golongan pelajar begini? Sedangkan mereka telah bersama dengan pelajar yang sama dengan purata 5 tahun setiap pelajar? Bagaimana mereka boleh terlupa bahawa tanggungjawab mendidik itu lebih besar dengan hanya lepas tangan dan sudah cukup berpuas hati dengan gaji yang mereka terima setiap bulan??? Lupakah mereka bahawa tugas mereka menjadikan seberapa ramai anak bangsa yang mampu berfikir jauh ke hadapan dan dari situ lah membangunnya negara??
Ye...bercakap lebih senang dari buat kerana aku bukan grad dalam bidang perguruan, tapi pengalaman bertahun2 sebagai pelajar sudah cukup buat aku melihat yang sebahagian mereka tidak meletakkan passion dalam profession perguruan pada tahap tertinggi...dan lihat lah kini berapa ramai anak2 muda yang tercicir dan terbabas dalam usaha mereka utk belajar kenal dunia ni....dan lagi kegagalan utama yang aku lihat adalah, berapa ramai anak2 muda yang belajar kerana ilmu?? Kerana rata2 mereka cuma belajar untuk gred cemerlang dan demi menaikkan nama sekolah semata2......Semakin banyak kecemerlangan sekolah, makin cepat la naik pangkat, naik gaji dan semuanya naik......
Hal ini amat jelas kerana mereka memilih bidang yang mereka suka sebab U itu best, kos itu ok. Itu adalah soalan dan meramgkum jawapan yang jika difikirkan sedalamnya, amat malang nasib mereka kerana mereka gagal dididik utk meletakkan jiwa mereka dalam bidang yang mereka pilih. Dan akibatnya, mereka kurang mahir dalam bidang mereka. Selama ni, mereka hanya didedahkan dengan bidang2 utama je macam medic dan engineering....Mereka tidak melihat potensi ilmu itu dalam spektrum yang jauh lebih luas dari apa yang mereka sangkakan.
Mereka memang amat cemerlang dengan lambakan A dalam sijil mereka tapi sejauh mana kemampuan berfikir mereka belum teruji lagi..sebabnya?? Mereka dididik utk hanya membaca dan menghafal buku teks dari A sampai Z yang punya ilmu yang sangat restrictive dan tidak cuba belajar lebih dari potensi mereka yang sebenarnya, dan secara x lngsung mereka diajar utk menerima bulat2 semua fakta tanpa berani menidakkan apa aja yang salah, dan mereka gagal dilatih utk menjadi lebih berani tampil ke hadapan dan bercakap kerana mereka MALU! In jelas x akan mebantu memajukan negara.
Sepatutnya, semua pihak harus sedar yang belajar bukan setakat A di atas kertas tapi merangkumi semua aspek sperti keberanian, menyelidik, menganalisis dan macam2 lagi nilai yang perlu diambil kira...
p.s: aku x layan touching dan emo
p.s2 : ni semua pengalaman aku dari penglihatan sendiri,bukan bermakna ku mahu menjatuhkan martabat guru2 di sekolah, cuma segelintir sikap guru itu perlu diubah...bukan utk mereka tapi utk masa depan kerana kita semua akan disoal tentang amal yang telah kita buat di dunia semasa kita ditanya di alam akhirat
p.s3: aku tidak la sempurna, cuma aku amat berharap pembaharuan akan berlaku....perspective yang baik akan dibaut lepas ni....
p.s4: lihat sendiri la keadaan pendidikan kini.....dan nilai la sendiri jika anda ingin menempatkan anak anda dalam persekitaran begitu~~
segalanya diakhiri dengan satu kalimah keramat, maaf atas keterlanjuran kata.
Sunday, March 27
Friday, March 25
Satu Malaysia
Sebelum aku kata pape, tgok la dulu video song ni....
haaaa....apa macam penangan lagu ni?? ada feel pape x?? meremang bulu roma ke...haru ke????
okeh, aku agak ketinggalan bab lagu patriotik ni sbb aku kat kolej mana la ada tv ni. Kalau ada pun aku malas nak pg, sbbnye keje aku sentiasa ada. Tapi tu bukan bermakna aku x follow current issues. Aku sentiasa bermurah hati belanja RM1.20 setiap hari beli paper....entah kenapa aku prefer beli paper tu sedangkan sekarang ni kan da ada paper online....haish, konservatif jugak aku ni rupanya T_T
Aku rasa da lama da lagu ni ada, tapi aku first time dengar time dinner fakulti 11 Mac yang lepas...dan akhirnya terus aku terpaut nak dengar lagu ni over and over and over again~
Secara tiba2 aku jadi patriotik arini....hikhik
Aku yakin ramai x paham lagi makna 1 Malaysia yang PM kita dok gebang seawal dia jadi PM. dan x kurang jugak ramai yang menyalahertikan makna 1 Malaysia ni...Aku bukan la bijak pandai yang amat tahu serba serbi nak interpret makna 1 Malaysia tu, tapi aku sebagai belia (cewah) sentiasa dok tertanya2 makna kata2 itu....
Dan hasil dok berfikir berbulan2, aku buat konklusi di bawah berdasarkan experience aku.
Aku amat suka berkawan dengan sapa je x mengira bangsa dalam Malaysia ni..tapi dalam masa aku berkawan siyes aku kadang2 terasa hati dengan sesetengah orang yang racist. Peh, panas sungguh hati aku! Sepatutnya kita dah lahir dalam satu negara, kita x patut ada perasaan perkauman tu...kita bukan membahagikan diri kita sebagai orang Melayu, orang Cina, orang India atau apa2 aja bangsa yang ada dalam Malaysia ni, tapi kite perlu come out dengan satu word...BANGSA MALAYSIA! baru strong beb asas perpaduan negara kita. X akan ada orang berani cuba masuk jarum nak huru harakan negara kita....
Okeh la, aku rasa ayat tu mampu buat orang yg membacanya paham apa aku cuba sampaikan....apa yang baik tu sepatutnya kita ambil dan yang buruk kita tinggalkan dan perbaiki lagi....Lain2, lu pikirlah sendiri!
Subscribe to:
Comments (Atom)