Pages

what you said?

Saturday, February 5

apa yang annoying?

Entry kali ni adalah berbentuk entry angkat bakul, iaitu lebih kurang macam puji diri sendiri x hengat~~ Masa zaman aku sekolah dulu, aku adalah seorang gadis yang amat pemalu (kan da kata dah! Bagi penampar sikit) Pemalunya aku sampai jadi penyegan nak tegur orang keliling. Masa tu ramai orang ingat aku ni sombong. Padahal mereka x tahu bahawa aku ni adalah manusia yg diciptakan dengan penuh kelembutan, sopan santun, comel tahap perasan, (haha~~kasi penampar lagi ye...)

Aku nak je tegur-teguran dengan kawan2, tapi malu di letakkan pada tahap tertinggi. Last2 senyum je la yang paling mampu aku bagi. Ok la tu kan dapat senyuman manis dari aku. HAHAHA~~

                                    ***********************************************

Kini, aku telah bertukar menjadi orang paling x tahu malu T_T disertakan dengan pakej mulut laser sampai rasa macam nak cabai mulut ni pun ada. Tapi, sebenarnye, bukan itu yang nak ditulis dalam entry ini. Apa yang aku mahu cerita adalah beberapa sikap yang buat aku (atau mungkin korang) rasa annoying sesangat!

Apakah benda yang annoying tu? Ianya tentang Facebook, YM, twitter, Skype dan apa2 la sewaktu dengannya.

Aku telah menjadi sangat addicted utk on Facebook tiap2 hari walaupun sekadar hanya untuk membalas  satu komen, mengupdate satu status dan terus offline. Paling excited kalau ada orang friend request. Tapi x kurang jugak ada benda yang bole buat bengang pada kita secara x langsungnya. Ikuti perkara annoying tersebut: 

1. Ada pic chantek baru snap. dan rasa berkobar2 ni nak jadikan profile pic kat pesbuk. Dan tu la ramai hamba Allah bergelar lelaki hantar friend request kepada anda (jika anda perempuan) dek kerana tergoda terpana melihat kecomelan anda dlm pic tersebut. Ada jugak yang hantar private message kepada anda siap dengan no phone sekali dengan harapan si gadis akan call mamat itu.

Cube kalau aku letak gambar beruk/monyet/babun tersengih, konpem kau x nak add aku kan?

Gwa x comel ke gini?


2. Apabila mamat tuh add anda, tapi tanya birthday, umur brape, asal mana walaupun kat wall si gadis tu da ada nyatakan semua tu semasa anda berdua sedang chatting. Cuma x letak altitude dan longitude je kedudukan rumah dia kat mana. Alahai brother, tanya la soalan lain? kasi soalan mencabar sikit la...

Contoh soalan, "Awak pernah terjun bangunan 10 tingkat x? Apa perasaan anda ketika itu??" dengan sedikit bait2 keterujaan untuk memancing hati si gadis. Soalan lagu tu la yang buat si gadis teruja nak bercerita. Ala perempuan kan, suka je membebel soalan2 mengarut ni.

Hipothesis: Semakin pandai anda menggoreng soalan kepada si gadis, semakin tinggi peluang anda untuk tackle si gadis jadi pacar mu. hahaha~~

3. Apabila ada kawan2 anda dalam list tu tetiba merenyam x memasal pegi update status dia dengan status yang kurang sopan.

Contoh status, "Hot la hari  ni, rasa macam nak tutt je" (Faham2 sendiri la status blues tu)

oiii.....segan la sikit dengan member2 lu!! Kot ye pun member lu mau kasi malu sama lu (kes pesbuk kene hacked dengan member sendiri),  agak2 la wei. Jaga la air muka kawan lu tu...x kesian ke lu kat dia??

4. Serangan peribadi. hah~~ ni aku paling x suka. Kalau x suka cakap depan2 la. Belakang je berani, depan pijak semut x mati. Apa hal la ni?

5. Apabila anda telah di add oleh seorang mamat psiko. haha~~ ni yang seronok yang cerita ni, sbb ni adalah kisah aku sendiri. Aku suatu ketika dulu selalu dengan kebiasaan on laptop walaupun aku pergi kuliah dan x ada kat bilik. Memang saja aku on YM dan chat pesbuk. Kadang2 sebab aku da lewat nak kejar kuliah punye pasal. mamat ni plak asal aku on je pesbuk ke Ym ke mesti dia pun sebuk nak chat. Kadang2 aku busy dan x dapat nak melayan. So , mula la mamat tu nak merajuk dengan aku, siap nak touching2...alahai bro, relax la..aku busy la

p/s: kepada sesiapa yang terasa pedas dgn entry ku ini, truly sori, just sharing some of what my friends and I had discussed. We are sharing of what we thought make girls felt annoyed.

No comments:

Post a Comment