Sekitar pukul 1 pagi...
Aku masih belum dapat melelapkan mata selagi x update satu lagi entry hari ni. Ntah kenapa aku rasa amat rajin dan bersemangat. Sebenarnya aku boleh simpan entry ni utk esok atau lusa je, tapi takut terlupa plak idea yang datang time2 aku tgh melayang rasa nak tido. Aku x dapat melelapkan mata dan x merasan aman selagi ia x dikeluarkan dari kepala ni...
Apa yang aku nak sangat tulis dalam enrty ni? huhu~~ x ada lah berapa banyak, tapi cukup buat keinsafan diri dan mungkin salah satu cara untuk meningkatkan beberapa potensi yang boleh dikembangkan. Macam serius kan aku kali ni....Memang pun! Amat sangat!!
Sebenarnya apa yang aku nak kata malam ni adalah mengenai kehebatan ilmu pengetahuan. Dan secara jujurnya aku rasa diri ni amat x layak dan berada pada tahap paling rendah untuk bicara hal ni. Takut jugak kalau ada golongan2 yang lebih bijak pandai dari aku datang hentam aku. Apalah yang aku nak jawab nanti. Tapi aku tetap terpanggil nak kongsi apa yang aku fikirkan sebenarnya.
Aku percaya rata2 kawan2ku menyambung pengajian di universiti. Mungkin aku sorang je yang paham apa aku fikir. Aku harap ada juga rakan2ku yang paham apa aku karutkan ni. Bila aku di sem akhir, baru aku tersedar kenapa perlu lecturer yang suap pelajar dengan ilmu pengetahuan? kenapa x pelajar yang berusaha mencari ilmu pengetahuan. Bila tiba time test plak, soalan dikeluarkan berpandukan nota yang di beri dan bukan dari hasil berpenat lelah membaca buku siang malam atau kajian luar kelas. Aku berani cakap setiap pelajar lebih selesa disuap oleh lecturer masing2 berbanding mencari sendiri ilmu pengetahuan yang maha luas. And mind you, there are cases when students summon their lecturer because giving them examination questions not from their notes. But I do believe that the lecturer have no other intention but just to teach their students to be more proactive in searching of knowledge.
Aku terasa macam selama aku belajar di universiti aku x belajar pape. Aku cuma belajar menghafal semua facts yang ada dalam notes tanpa mencambahkan buah fikiran sedia ada. Aku terasa ilmu itu bagaikan x berkembang. Pada aku, sepaptutnya universiti x perlu menggredkan pelajar mereka berdasarkan sistem peperiksaan sedia ada. In kerana ilmu sedia ada yang telah aku terima adalah hasil usaha aku menghafal dab bukan kerana jiwa aku bersama dengan ilmu itu.
Semakin banyak aku belajar di U, sebenarnya semakin banyak aku x tahu. This is fact!
Umpamanya, berapa ramai sedar negara kita memang sedang berperang dengan Aedes pembawa denggi, nyamuk pembawa malaria dan x lupa jugak chikunguya sejak berdekad yang lepas? Kes2 macam ni memang biasa kita dengar dalam berita atau dalam akhbar sekalipun. Kalau dulu ada je berita kematian yang membabitkan nyamuk ni kita dengar dalam media massa. Sekarang pun ada jugak tapi reporter semua da malas nak highlight kes ni jadi sensasi. Bila berlaku kematian melibatkan orang penting tanah air baru lah liputan dibuat berhari2 lamanya.
Mungkin aku lah orang paling gila pernah tanya soalan ni. Kenapa satu nyamuk hanya ambil satu virus je? Contoh: Plasmodium membiak dengan jayanya dalam intestine satu spesis nyamuk je? Aku pernah tanya soalan ni pada seorang lecturer yang aku sifatkan bijak pandai, tapi habis aku yang di sembur plak. Sejak itu aku x berani nak bertanya pape. Diam dan terima adalah jalan terbaik. huhu T_T
Keadaan yang sama berlaku semasa aku belajar di sebuah sekolah menengah SBP. Perasaan nak tahu aku yang teramat mendalam tentang topik pertama dalam buku teks Biologi menyebabkan aku bertanya pada seorang guru. Namun hasilnya guru tersebut memberitahu bahawa baca dan hafal sahaja apa yang ada dalam buku teks tu! X perlu tanya lebih2... Dan aku sanggup pergi library mencari dan membaca apa sahaja yang aku mahu tahu, walaupun aku tetap di nasihatkan dengan perkara serupa bilamana aku terserempak dengan guru itu.
Inilah kelemahannya! Kita hanya di suruh menerima semua perkara2 bulat2 tanpa di beri peluang untuk bersuara apa2 aja persoalan dalam benak. Dan akibatnya, di U jugak kita mengekalkan budaya yang sama. Budaya alam persekolahan perlu di buang sama sekali. Setiap orang perlu di tingkatkan kemahiran berfikir mereka dengan menghubungkan kaitan antara satu perkara dengan yang lain. Iklan susu ni adalah yang terbaik dapat aku kongsi dalam entry kali ni agar semua pham apa yang aku sedang perkatakan.
Dalam peperiksaan kita kerapkali disoal perkara yang sama dalam kuliah. Tapi x ada sesiapa kah sedar ilmu itu maha luas. Semasa kita sedang belajar sesuatu di kelas mengikut skema pengajaran dan pembelajaran, ilmu itu semakin outdated bila ada somebody around the corner of this world yang jumpa penemuan baru tentang perkara yang sama.
Sebagai contoh, anda belajar mengenai gene matK yg di propose menjadi gene universal bagi tujuan mem-barcode-kan setiap tumbuhan dalam dunia di mana kejadian negara luar menyeludup keluar tumbuhan endemic atau tumbuhan habitat asal semakin berleluasa. Dengan gene yang di harap dapat jadi barcode universal semua tumbuhan dalam dunia maka tiada lagi negara luar yang akan claim mengatakan tumbuhan itu berasal dari daerah negara mereka walaupun mereka smuggle pokok tu ke negara mereka atau dalam bahasa lainnya mereka curi tumbuhan kita dan claim tubuhan tu berasal dari negara mereka. Secara tiba2, somebody around this world mencadangkan gene lain yang lebih baik dari matK. Dan ilmu itu semakin berkembang dengan beribu2 kajian hanya untuk satu perkara sahaja. Betapa luasnya ilmu itu.
Aku pernah teringat suatu ayat, Ilmu yang ada sekarang umpama setitik air dari sebuah lautan yang besar. MashaAllah. X terbayang dengan akal aku...
p/s : Entry ini adalah hasil orang mengantuk...Mungkin ada beberapa perkara yang x tepat atau salah sama sekali. Dan Mungkin ada yang terover. Harap maaf. Sudah pukul 2 pagi, selamat malam semua~
saya setju bangat..
ReplyDeleteto Anonymous, trimas bangat setuju. : )
ReplyDelete